Saturday, May 27, 2023

Renewal member Shaklee tanpa kos tambahan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Biasa tak bila beli barang kat kedai mana-mana, pastu masa nak bayar tu cashier akan tanya, “Ada member tak? Takde? Nak join tak?”

Bukan dia tanya ada kawan ke tak, dia tanya ada membership dengan kedai dia ke tak. Biasanya dengan membership ni, ada kelebihan sikit la, contohnya ada diskaun, ada hadiah, wish happy birthday. Gitu-gitu lah kan nak menambat hati pelanggan supaya suka beli lagi dan lagi.

Pastu membership tu kadang ada untuk seumur hidup, ada yang kena renew setiap tahun, ada yang setiap tiga tahun. Ada yang kena bayar sejumlah kecil bayaran untuk sambung membership. Mesti ramai ada pengalaman ni kan?

Shaklee pun lebih kurang jugalah, suka sangat bermember-member ni. Ada member, baru best! Lagi best cara nak renew membership Shaklee. Tapi tu KakMa cerita di hujung cerita sikit, sebab sebelum renew, kenalah tahu macam mana nak jadi member dulu, kan kan kannn?

Barangan Shaklee ni ada dua jenis harga. Harga runcit dan harga ahli. Harga ahli memang lebih murah berbanding harga runcit, beza harga bermula dari RM8.50 hingga RM100 ke atas ikut produk. Kan banyak boleh jimat tu bila jadi member Shaklee.


Ada dua cara mudah untuk join member Shaklee. Pertama, bayar RM35 iaitu yuran keahlian dan dah boleh beli produk Shaklee dengan harga ahli. Cara kedua pula, beli mana-mana barang Shaklee sehingga bernilai UV100 (anggaran RM400), automatic dapat keahlian Shaklee.

Ni dua cara umum untuk dapat keahlian. Ada lagi satu cara, yang tak perlu RM35, dan kadang-kadang tak perlu 100UV juga. Setiap bulan biasanya ada juga promosi produk yang tawarkan keahlian percuma, contohnya untuk 26 hingga 31 Mei 2023, ada flash sale untuk Sustained Release Vita-C duo dan ESP duo yang bernilai RM99 je dan dapat keahlian percuma. Rahmah sangat ni!

OK, jadi apa maklumat yang diperlukan untuk jadi ahli ni? Biasanya KakMa akan minta maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon, alamat, email, nombor akaun untuk urusan bonus bulanan jika layak. Jangan risau, semua maklumat anda dilindungi.

Dah jadi member ni, apa pula manfaatnya? Bagus kan Shaklee ni, dah la dapat manfaat sebab amalkan supplement, pastu dapat pula jimat duit bila beli produk. Lepas tu, kalau beli barang ada jumlah point atau UV tertentu, boleh dapat cash bonus pula.Eh ni cerita dalam blogpost lain ni. Hahaha nanti letak link.

Kita kembali kepada tajuk kita, nak renew membership, kan? Berita gembira untuk pengguna produk Shaklee, nak renew membership cumalah dengan membeli apa-apa produk Shaklee. Nak beli barang paling mahal ke, paling murah ke, terserah anda!

Biasanya membership akan expired pada birthdate anda. Macam lesen kenderaan Malaysia juga lah, expired masa birthday kita. Jadinya untuk renew membership Shaklee ni, boleh buat pembelian produk Shaklee dalam tempoh tiga bulan sebelum atau selepas tarikh lahir, dan Shaklee akan terus lanjutkan keahlian untuk setahun lagi.

Betul kan KakMa kata, tak perlu kos tambahan untuk renew membership? Beli mana-mana produk Shaklee kegemaran anda, lepas tu automatis renew. Mudahnyaaa renew membership Shaklee ni!

Nak register membership Shaklee, ingat KakMa ye. Text je KakMa kat https://www.wasap.my/60166605816 ok?

Kawan KakMa pun ada cerita juga pasal renewal Shaklee membership ni, cuba tengok kat sini apa pula cerita dia.

Sampai jumpa lagi!

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Saturday, April 15, 2023

Kurus dengan cepat? Bukan rahsia besar

 Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.



KakMa sejak azali pun kurus. Kawan-kawan dari segala zaman perkenalan, sekolah rendah dan menengah, juga universiti, memang tak pernah tengok KakMa gemuk. Kawan zaman kerja je pernah nampak KakMa gemuk, tu pun sebab KakMa mengandung. kikikiki. 


Ada orang jenis susah nak kurus. KakMa ni pula jenis susah nak gemuk. Nanti KakMa cerita lebih lanjut kenapa KakMa susah nak gemuk. Kalau sesuai, korang bolehlah follow >.<


Hari ini KakMa nak share TIGA tips kurus dengan cepat tanpa perlu membahayakan diri secara ekstrim.


Tips SATU : Dry fasting seperti puasa orang Islam di bulan Ramadan

Sempena masih Ramadan ni, lebih mudah nak fahami konsep dry fasting. Ikutkan secara istilah, dry fasting ni maksudnya tak makan dan minum langsung semasa tempoh berpuasa. Sama macam kita berpuasa di bulan Ramadan, dengan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Beza sikit aje pun dengan intermitten fasting (IF). Buat IF tu boleh minum dalam sela masa tertentu, makan aje yang tak boleh.


Sebab tu bila kita buat puasa di bulan Ramadan, kita disunatkan untuk bersahur. Masa sahur tu kita makan dan minumlah, untuk elakkan dehidrasi semasa siangnya. Bukan kena terus menerus tak makan dan minum, nanti membahayakan badan pula.


Belum ada bukti saintifik yang mengatakan buat dry fasting ni kita boleh kurus dengan cepat. Tapi ia adalah salah satu cara yang mudah dan murah untuk turunkan berat badan.


Antara kelebihan buat dry fasting ini adalah


1. Menggalakkan turun berat badan. Biasanya dengan berpuasa, badan kita akan membetulkan semula insulin dalam badan kita, mengurangkan kolesterol jahat dan juga melonjakkan metabolism badan.


2. Membantu pembinaan sel otak baru. Bila kita berpuasa, ia akan menggalakkan penghasilan brain-derived neurotrophic factor (BDNF), iaitu suatu bahan yang akan boost sistem imun dan juga sel otak. Puasa juga membantu otak menghasilkan sel darah putih yang sangat penting dalam sistem imun.


3. Menyeimbangkan kadar kolesterol. Puasa adalah satu cara yang sangat bagus dalam menyeimbangkan kadar kolesterol dan juga meningkatkan kesihatan jantung. Semasa berpuasa, kita akan mengurangkan pengambilan kalori harian, dan badan kita akan dipaksa untuk membakar lemak yang tersimpan dalam badan. Proses ini dinamakan autophagy.


Kesimpulannya, dry fasting sangat membantu dalam mengurangkan berat badan dan terdapat juga banyak manfaat lain pada badan semasa kita berpuasa. Cuba amalkan pemakanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka, dan ambil air yang mencukupi untuk badan.


Tips DUA : Malas makan (macam KakMa)


Tips ni memang dah lama KakMa kongsi kepada sesiapa sahaja yang bertanya. "Ima, kenapa kurus? Sama je macam zaman sekolah dulu." "Ha ah, aku malas makan."


Malas makan ni bukan jenis skip meal macam breakfast, lunch dan dinner. Malas makan ni sebenarnya lebih kepada malas makan benda2 di luar waktu makan utama. Kita pun dah banyak awareness, apa jenis makanan yang bagus untuk kita (whole food, makanan masak sendiri, dan lain-lain), apa yang kita patut elak (makanan segera, makanan terproses, dan lain-lain). 


Jadinya KakMa memang selalu menimbang dalam fikiran dulu, "patut makan ni tak? Nanti badan tak best, tak dapat nutrient. Kita skip aje ok kan?" Pastu masa makan utama, pun berdebat dalam diri juga. "nak banyak protein ke banyak karbo? Lepas makan ni kena makan multivitamin, biar badan dapat cukup zat."


Itulah pengertian malas makan dari definisi KakMa. Bukannya tak makan langsung ya. hihihih (:


Tips TIGA : Ambil set HELLO NEW YOU!



KakMa suka sangat set ni sebab boleh replace meal untuk uols yang nak kurus, dan juga ada minyak ikan dan lecithin untuk tolong badan uruskan lemak lebih efisyen, dan jugaaaa ada agen pelawasan!


Meh KakMa cerita fungsi dan kegunaan tiap satu.


1. Cinch Shake ni kaya dengan protein dan kalsium, mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian dan juga tanpa kolesterol. Boleh bancuh dan minum untuk ganti sarapan atau makan malam. 


2. OmegaGuard pula adalah minyak ikan yang sangat berkualiti tinggi. Takyah nak compare dengan brand lain. Trust Shaklee! Paling best adalah efek bila amalkan OmegaGuard ni, perut mesti cepat turun. Turun mana? Turun dari buncit. Serius sis. Belum cuba belum tahu. Tambahan lagi OmegaGuard ni pun bagus untuk tambahkan kolesterol baik dalam badan. Banyak manfaat kita boleh dapat.


3. Lecithin ni bagus sangat untuk emulsi lemak. Lemak dari makanan yang hari-hari kita makan tu, lecithin boleh tolong pecahkan lemak tu jadi lebih kecil dan mudah bergerak dalam sistem pencernaan. Bila lemak bergerak, takdelah dia tersangkut atau termendap kat dalam badan kita. Jadi dia terus ke usus besar untuk dikeluarkan. Lecithin ni tak sama kerjanya dengan OmegaGuard. Mereka saling melengkapi. Gitu.


4. Herblax. KakMa berani nobatkan ini adalah star product, sebab Herblax ni sangat membantu dalam pelawasan. Rasa dah membuang hari-hari tu cukup dah? Cuba Herblax ni, pasti rasa lebih lega. Ikut pengalaman sendiri, memang kurang terus setengah kilo lepas membuang. hahahaha.


Herblax ni dia bantu dalam pergerakan usus. Kerak-kerak yang dah lama berkampung kat usus besar pun dia tolong keluarkan. Memang rasa lega betul, ringan betul. Ni tak kira uols gemuk ke kurus ke memang boleh amalkan. Serius paling best!


Kesimpulannya, tips 1, 2 atau 3 pilihan hati anda? Nak guna tips cepat kurus nombor tiga, boleh terus wasap KakMa kat https://www.wasap.my/60166605816 ok? 


Nak lagi tips kurus dengan cepat? Jom baca perkongsian kawan Kakma pula ye.


#nextlevelblogging

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Friday, April 14, 2023

Kenapa kena pilih Bisnes Online yang tepat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini KakMa nak share pengalaman KakMa dengan bisnes online. KakMa mula buat bisnes online ni lebih kurang 2010 gitu. Masa tu berniaga jual tudung melalui blog. Zaman tudung jenis shawl baru nak up gitu. Gigih tak gigih lah, tiap dua minggu pergi Jalan TAR ambil stok. Habis ronda seluruh Jalan TAR, cuci mata tengok latest design, deal beli sekodi dua.


Balik tu ambil gambar, edit sikit, upload dalam blog. Blog siap buat order form. Zaman tu blog bukan jenis tarik plug in sana sini siap. Nak buat form guna website lain, pastu embed dalam post. Nak collect payment pun ada yang pernah guna wang pos. Klasik sungguh terasa.


Masa tu memang lah seronok kerjakan bisnes online ni walaupun sangat renyah sebenarnya. Duit hasil jualan tu lepas jugak lah buat tambah-tambah belanja kahwin tahun 2011. Lepas kahwin, semangat nak jual tudung dah memudar sebab ya ampun serius renyah wehhhh >.< tak terdaya nak uruskan semuanya sendiri. Maka, selamat tinggal bisnes online tudungku.


Tahun 2012 KakMa mengandung dan mula ambil Shaklee. Dah Puteri dok layur je kat FB dia, KakMa pula dah lepas keguguran, mestilah nak mengandung kali ini adalah yang terbaik! Dah setahun ambil Shaklee, Darrell pun dah lahir, pastu terfikir, jomlah jual Shaklee. Boleh dapat duit. KakMa pun share lah pasal Shaklee kat FB. Alhamdulillah sampai sekarang masih berniaga Shaklee.


Jadi, apa yang buat KakMa masuk tahun kesepuluh terus kekal dengan bisnes online Shaklee ni? Ni KakMa kongsi TIGA sebab utama KakMa kekal dengan bisnes online Shaklee.


1. Tak perlu pening tentang stok

Ada orang nak beli barang, kita order online. Barang terus sampai kat kita atau pelanggan. Kat website pun ada tulis barang mana yang ada, mana yang out of stock. Semua pun real time, takde order backdated sebab barang dah habis. Website pun stabil, senang je nak order. Klik klik klik siap. Tau-tau barang dah sampai. Untuk orang introvert macam KakMa ni, memang memudahkan sangat bisnes online dengan Shaklee. Tak perlu simpan stok bergunung kat rumah. Kita nak berniaga, bukan nak jadi stokis. Tak perlu sakit kepala kalau barang expired dalam simpanan stok sendiri.


2. Website yang mesra pelanggan

Website Shaklee Malaysia boleh kira one stop information center. Semua info boleh dapat kat situ, sama ada sebagai member atau orang "luar". Info produk, kegunaan, fungsi, bahan-bahan dalam produk, artikel dan kajian tentang keberkesanan produk Shaklee, dan banyak lagi. Untuk member pula, ada juga info tentang bisnes Shaklee, bahan untuk marketing, pembelian online. Semuanya ada dalam satu website.


Memang jauh development untuk website Shaklee Malaysia. Masa KakMa mula join dulu memang tradisional jugalah approach untuk business. Nak order barang sama ada melalui call, email, atau pergi ke branch/home office. Isi borang, kadang tersalah isi macam-macam. Sabar aje orang Shaklee call kita semula tanya ni betul ke ni salah ke. Hahaha. Sekarang ni memang jaaaaauh lagi mudah nak berbisnes online dengan Shaklee. Alhamdulillah.


3. Bahan pemasaran di Telegram

Seronok kan bila Shaklee siapkan poster cantik-cantik untuk digunakan semasa pemasaran. Download dan kongsi kat media sosial kita. Instagram, Facebook, WhatsApp status, semua boleh kita tepek. Takyah pening-pening nak design posters sendiri guna apps yang sedia ada. Antara nak tepek dengan tak aje.

Bagus kan Shaklee Malaysia share bahan pemasaran guna Telegram aje. Kita pun tak perlu save semua benda dalam phone. Bila nak guna, share aje terus dari Telegram.



Kesimpulannya, bila KakMa banding bisnes online jual tudung dengan jual Shaklee, KakMa tahan lebih lama dengan Shaklee sebab kemudahan yang ada. Disamping itu KakMa juga beruntung dapat bisnes team yang sangat membantu bila-bila masa dan apa jua keadaaan. Saaaayang sangat bisnes online Shaklee KakMa! Jom join buat bisnes online dengan #TeamKakMa boleh contact KakMa kat https://www.wasap.my/60166605816 .


Jom baca apa pula pengalaman kawan KakMa kongsi tentang Bisnes Online dengan Shaklee.


#nextlevelblogging

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Friday, April 7, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah untuk Ibu Menyusu

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Hari ini KakMa nak kongsikan sesuatu yang sangat dekat dengan KakMa sejak tahun 2013 : ibu menyusu. Rata-rata ibu menyusu mesti nak

1.       Susu yang mencukupi untuk anak

2.       Rasa bertenaga

3.       Kulit lebih cantik

4.       Kurus!

Bila susukan anak ni, rasa macam semua dari badan kita disedut anak kita, kan? Lagilah bila bulan puasa, tekak kering semacam tiap kali lepas susukan anak. Sabar ye mak-mak, insyaAlllah itu ladang pahala kita :)

Memang banyak isu untuk ibu menyusu ni, tapi KakMa suka nak fokus tentang vitamin kulit yang mak-mak kena tahu untuk dapatkan kulit cantik walaupun susukan anak. Biasanya kulit badan mak-mak lepas bersalin akan ada parut regangan (stretch mark) yang ketara kat perut, belakang betis, peha, dan juga lengan. Parut regangan ni berlaku sebab hormone semasa mengandung yang menyebabkan kandungan kolagen yang rendah dalam kulit.

Isu seterusnya pula adalah kulit kusam. Badan mak nak hasilkan susu, kena ada protein. Protein mak makan pula cukup-cukup untuk buat susu badan. Macam mana nak repair pula kulit mak yang makin kusam dari hari ke hari? Tenyeh skincare macam mana pun, kusam tetap ketara.

Lagi? Cuba check tumit dan siku. Bila berjalan kat lantai tu, tumit mak-mak tu seret sekali tak bulu karpet? Alahai kesian mak tumit sampai pecah halus. Siap boleh buat garu kaki sebelah sebab rasa macam kertas pasir gred halus.


Kita boleh cuba selesaikan isu kulit ibu menyusu ni dengan protein tumbuhan dan vitamin C. Bagaimana?

1.       Bagi mendapatkan kulit yang sihat, kita perlukan protein untuk membina sel kulit yang baik. Protein tumbuhan menggalakkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, yang merupakan sebatian semulajadi yang terdapat dalam soya telah dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. Pengambilan protein ini juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan juga meningkatkan penghasilan kolagen.

Dengan Shaklee, kita ada ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour yang kita boleh diminum setiap hari. Satu hidangan ESP membekalkan 14g protein.

 

2.       Vitamin C memang tersohor dikaitkan dengan kulit cantik. Vitamin kulit paling utama bagi mereka yang cakna. Dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh terutamanya kulit. Selain bertindak sebagai antioksida, vitamin C juga membantu dalam melindungi sinaran UV. Ia juga bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi. Fakta yang KakMa paling suka, vitamin C adalah molekul yang penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen banyak = kulit lebih cantik!

Di samping pengambilan protein dan vitamin C, ada beberapa tips lagi yang kita boleh ikuti untuk kesihatan kulit yang lebih menyeluruh.

1.       Kurangkan, kurangkan dan kurangkan gula, minyak, makanan tenusu dan terproses.

2.       Minum air yang mencukupi. Ini sangat penting untuk ibu menyusu tau!

3.       Pakai skincare yang selamat untuk kulit : semestinya YOUTH skincare.

Cerita sikit lah ye pengalaman KakMa masa mengandung anak pertama, ada stretch mark kat belakang betis. Mak KakMa kata, ni memang tak boleh hilang ni. Forever lah ada kat situ. Aduhai KakMa dah sedih dah. Sambil tu pujuk hati la kata, ni kenang-kenangan bersalin anak sulung. Hahaha iye lah tu. KakMa memang dah amalkan Shaklee sejak mengandung, dan teruskan juga semasa pantang dan menyusu. ESP dan vitamin C memang ambil setiap hari. Sedar tak sedar, satu hari tu KakMa nak tengok la ada lagi ke tak kenangan bersalin tu kan. Sekalinya, eh takde dah pun. Alhamdulillahhhhh tak perlu ada kenangan buruk pada kulit KakMa :,)

Sepanjang bulan April ni, Shaklee ada promo Healthy Set Rahmah yang bagi diskaun dahsyat untuk ESP dan vitamin C. Boleh jimat sampai RM274! Kita ada dua set, iaitu Healthy Rahmah Set A (1 x ESP, 1 x Sustained Released Vita-C) dan Healthy Rahmah Set B (2 x ESP, 2 x Sustained Released Vita-C). Bila beli Set A, boleh dapat free membership. Set B pula dapat free membership dan free postage.



Nak beli Healthy Set Rahmah ni boleh terus hubungi KakMa kat WhatsApp klik kat sini ye https://www.wasap.my/60166605816 . Terima kasih baca blogpost ni! Jom baca apa kawan KakMa cerita tentang vitamin kulit cantik kat sini.

#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Promo Shaklee April 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ni KakMa kongsikan promosi Shaklee untuk bulan April. Boleh hubungi KakMa melalui WhatsApp https://www.wasap.my/60166605816 untuk pembelian







Renewal member Shaklee tanpa kos tambahan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Biasa tak bila beli barang kat kedai mana-mana, pastu masa nak bayar tu cashier akan tanya, “Ada...