Friday, April 14, 2023

Kenapa kena pilih Bisnes Online yang tepat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini KakMa nak share pengalaman KakMa dengan bisnes online. KakMa mula buat bisnes online ni lebih kurang 2010 gitu. Masa tu berniaga jual tudung melalui blog. Zaman tudung jenis shawl baru nak up gitu. Gigih tak gigih lah, tiap dua minggu pergi Jalan TAR ambil stok. Habis ronda seluruh Jalan TAR, cuci mata tengok latest design, deal beli sekodi dua.


Balik tu ambil gambar, edit sikit, upload dalam blog. Blog siap buat order form. Zaman tu blog bukan jenis tarik plug in sana sini siap. Nak buat form guna website lain, pastu embed dalam post. Nak collect payment pun ada yang pernah guna wang pos. Klasik sungguh terasa.


Masa tu memang lah seronok kerjakan bisnes online ni walaupun sangat renyah sebenarnya. Duit hasil jualan tu lepas jugak lah buat tambah-tambah belanja kahwin tahun 2011. Lepas kahwin, semangat nak jual tudung dah memudar sebab ya ampun serius renyah wehhhh >.< tak terdaya nak uruskan semuanya sendiri. Maka, selamat tinggal bisnes online tudungku.


Tahun 2012 KakMa mengandung dan mula ambil Shaklee. Dah Puteri dok layur je kat FB dia, KakMa pula dah lepas keguguran, mestilah nak mengandung kali ini adalah yang terbaik! Dah setahun ambil Shaklee, Darrell pun dah lahir, pastu terfikir, jomlah jual Shaklee. Boleh dapat duit. KakMa pun share lah pasal Shaklee kat FB. Alhamdulillah sampai sekarang masih berniaga Shaklee.


Jadi, apa yang buat KakMa masuk tahun kesepuluh terus kekal dengan bisnes online Shaklee ni? Ni KakMa kongsi TIGA sebab utama KakMa kekal dengan bisnes online Shaklee.


1. Tak perlu pening tentang stok

Ada orang nak beli barang, kita order online. Barang terus sampai kat kita atau pelanggan. Kat website pun ada tulis barang mana yang ada, mana yang out of stock. Semua pun real time, takde order backdated sebab barang dah habis. Website pun stabil, senang je nak order. Klik klik klik siap. Tau-tau barang dah sampai. Untuk orang introvert macam KakMa ni, memang memudahkan sangat bisnes online dengan Shaklee. Tak perlu simpan stok bergunung kat rumah. Kita nak berniaga, bukan nak jadi stokis. Tak perlu sakit kepala kalau barang expired dalam simpanan stok sendiri.


2. Website yang mesra pelanggan

Website Shaklee Malaysia boleh kira one stop information center. Semua info boleh dapat kat situ, sama ada sebagai member atau orang "luar". Info produk, kegunaan, fungsi, bahan-bahan dalam produk, artikel dan kajian tentang keberkesanan produk Shaklee, dan banyak lagi. Untuk member pula, ada juga info tentang bisnes Shaklee, bahan untuk marketing, pembelian online. Semuanya ada dalam satu website.


Memang jauh development untuk website Shaklee Malaysia. Masa KakMa mula join dulu memang tradisional jugalah approach untuk business. Nak order barang sama ada melalui call, email, atau pergi ke branch/home office. Isi borang, kadang tersalah isi macam-macam. Sabar aje orang Shaklee call kita semula tanya ni betul ke ni salah ke. Hahaha. Sekarang ni memang jaaaaauh lagi mudah nak berbisnes online dengan Shaklee. Alhamdulillah.


3. Bahan pemasaran di Telegram

Seronok kan bila Shaklee siapkan poster cantik-cantik untuk digunakan semasa pemasaran. Download dan kongsi kat media sosial kita. Instagram, Facebook, WhatsApp status, semua boleh kita tepek. Takyah pening-pening nak design posters sendiri guna apps yang sedia ada. Antara nak tepek dengan tak aje.

Bagus kan Shaklee Malaysia share bahan pemasaran guna Telegram aje. Kita pun tak perlu save semua benda dalam phone. Bila nak guna, share aje terus dari Telegram.



Kesimpulannya, bila KakMa banding bisnes online jual tudung dengan jual Shaklee, KakMa tahan lebih lama dengan Shaklee sebab kemudahan yang ada. Disamping itu KakMa juga beruntung dapat bisnes team yang sangat membantu bila-bila masa dan apa jua keadaaan. Saaaayang sangat bisnes online Shaklee KakMa! Jom join buat bisnes online dengan #TeamKakMa boleh contact KakMa kat https://www.wasap.my/60166605816 .


Jom baca apa pula pengalaman kawan KakMa kongsi tentang Bisnes Online dengan Shaklee.


#nextlevelblogging

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


No comments:

Post a Comment

Renewal member Shaklee tanpa kos tambahan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Biasa tak bila beli barang kat kedai mana-mana, pastu masa nak bayar tu cashier akan tanya, “Ada...