Saturday, April 15, 2023

Kurus dengan cepat? Bukan rahsia besar

 Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.



KakMa sejak azali pun kurus. Kawan-kawan dari segala zaman perkenalan, sekolah rendah dan menengah, juga universiti, memang tak pernah tengok KakMa gemuk. Kawan zaman kerja je pernah nampak KakMa gemuk, tu pun sebab KakMa mengandung. kikikiki. 


Ada orang jenis susah nak kurus. KakMa ni pula jenis susah nak gemuk. Nanti KakMa cerita lebih lanjut kenapa KakMa susah nak gemuk. Kalau sesuai, korang bolehlah follow >.<


Hari ini KakMa nak share TIGA tips kurus dengan cepat tanpa perlu membahayakan diri secara ekstrim.


Tips SATU : Dry fasting seperti puasa orang Islam di bulan Ramadan

Sempena masih Ramadan ni, lebih mudah nak fahami konsep dry fasting. Ikutkan secara istilah, dry fasting ni maksudnya tak makan dan minum langsung semasa tempoh berpuasa. Sama macam kita berpuasa di bulan Ramadan, dengan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Beza sikit aje pun dengan intermitten fasting (IF). Buat IF tu boleh minum dalam sela masa tertentu, makan aje yang tak boleh.


Sebab tu bila kita buat puasa di bulan Ramadan, kita disunatkan untuk bersahur. Masa sahur tu kita makan dan minumlah, untuk elakkan dehidrasi semasa siangnya. Bukan kena terus menerus tak makan dan minum, nanti membahayakan badan pula.


Belum ada bukti saintifik yang mengatakan buat dry fasting ni kita boleh kurus dengan cepat. Tapi ia adalah salah satu cara yang mudah dan murah untuk turunkan berat badan.


Antara kelebihan buat dry fasting ini adalah


1. Menggalakkan turun berat badan. Biasanya dengan berpuasa, badan kita akan membetulkan semula insulin dalam badan kita, mengurangkan kolesterol jahat dan juga melonjakkan metabolism badan.


2. Membantu pembinaan sel otak baru. Bila kita berpuasa, ia akan menggalakkan penghasilan brain-derived neurotrophic factor (BDNF), iaitu suatu bahan yang akan boost sistem imun dan juga sel otak. Puasa juga membantu otak menghasilkan sel darah putih yang sangat penting dalam sistem imun.


3. Menyeimbangkan kadar kolesterol. Puasa adalah satu cara yang sangat bagus dalam menyeimbangkan kadar kolesterol dan juga meningkatkan kesihatan jantung. Semasa berpuasa, kita akan mengurangkan pengambilan kalori harian, dan badan kita akan dipaksa untuk membakar lemak yang tersimpan dalam badan. Proses ini dinamakan autophagy.


Kesimpulannya, dry fasting sangat membantu dalam mengurangkan berat badan dan terdapat juga banyak manfaat lain pada badan semasa kita berpuasa. Cuba amalkan pemakanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka, dan ambil air yang mencukupi untuk badan.


Tips DUA : Malas makan (macam KakMa)


Tips ni memang dah lama KakMa kongsi kepada sesiapa sahaja yang bertanya. "Ima, kenapa kurus? Sama je macam zaman sekolah dulu." "Ha ah, aku malas makan."


Malas makan ni bukan jenis skip meal macam breakfast, lunch dan dinner. Malas makan ni sebenarnya lebih kepada malas makan benda2 di luar waktu makan utama. Kita pun dah banyak awareness, apa jenis makanan yang bagus untuk kita (whole food, makanan masak sendiri, dan lain-lain), apa yang kita patut elak (makanan segera, makanan terproses, dan lain-lain). 


Jadinya KakMa memang selalu menimbang dalam fikiran dulu, "patut makan ni tak? Nanti badan tak best, tak dapat nutrient. Kita skip aje ok kan?" Pastu masa makan utama, pun berdebat dalam diri juga. "nak banyak protein ke banyak karbo? Lepas makan ni kena makan multivitamin, biar badan dapat cukup zat."


Itulah pengertian malas makan dari definisi KakMa. Bukannya tak makan langsung ya. hihihih (:


Tips TIGA : Ambil set HELLO NEW YOU!



KakMa suka sangat set ni sebab boleh replace meal untuk uols yang nak kurus, dan juga ada minyak ikan dan lecithin untuk tolong badan uruskan lemak lebih efisyen, dan jugaaaa ada agen pelawasan!


Meh KakMa cerita fungsi dan kegunaan tiap satu.


1. Cinch Shake ni kaya dengan protein dan kalsium, mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian dan juga tanpa kolesterol. Boleh bancuh dan minum untuk ganti sarapan atau makan malam. 


2. OmegaGuard pula adalah minyak ikan yang sangat berkualiti tinggi. Takyah nak compare dengan brand lain. Trust Shaklee! Paling best adalah efek bila amalkan OmegaGuard ni, perut mesti cepat turun. Turun mana? Turun dari buncit. Serius sis. Belum cuba belum tahu. Tambahan lagi OmegaGuard ni pun bagus untuk tambahkan kolesterol baik dalam badan. Banyak manfaat kita boleh dapat.


3. Lecithin ni bagus sangat untuk emulsi lemak. Lemak dari makanan yang hari-hari kita makan tu, lecithin boleh tolong pecahkan lemak tu jadi lebih kecil dan mudah bergerak dalam sistem pencernaan. Bila lemak bergerak, takdelah dia tersangkut atau termendap kat dalam badan kita. Jadi dia terus ke usus besar untuk dikeluarkan. Lecithin ni tak sama kerjanya dengan OmegaGuard. Mereka saling melengkapi. Gitu.


4. Herblax. KakMa berani nobatkan ini adalah star product, sebab Herblax ni sangat membantu dalam pelawasan. Rasa dah membuang hari-hari tu cukup dah? Cuba Herblax ni, pasti rasa lebih lega. Ikut pengalaman sendiri, memang kurang terus setengah kilo lepas membuang. hahahaha.


Herblax ni dia bantu dalam pergerakan usus. Kerak-kerak yang dah lama berkampung kat usus besar pun dia tolong keluarkan. Memang rasa lega betul, ringan betul. Ni tak kira uols gemuk ke kurus ke memang boleh amalkan. Serius paling best!


Kesimpulannya, tips 1, 2 atau 3 pilihan hati anda? Nak guna tips cepat kurus nombor tiga, boleh terus wasap KakMa kat https://www.wasap.my/60166605816 ok? 


Nak lagi tips kurus dengan cepat? Jom baca perkongsian kawan Kakma pula ye.


#nextlevelblogging

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

No comments:

Post a Comment

Renewal member Shaklee tanpa kos tambahan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Biasa tak bila beli barang kat kedai mana-mana, pastu masa nak bayar tu cashier akan tanya, “Ada...