Friday, April 7, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah untuk Ibu Menyusu

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Hari ini KakMa nak kongsikan sesuatu yang sangat dekat dengan KakMa sejak tahun 2013 : ibu menyusu. Rata-rata ibu menyusu mesti nak

1.       Susu yang mencukupi untuk anak

2.       Rasa bertenaga

3.       Kulit lebih cantik

4.       Kurus!

Bila susukan anak ni, rasa macam semua dari badan kita disedut anak kita, kan? Lagilah bila bulan puasa, tekak kering semacam tiap kali lepas susukan anak. Sabar ye mak-mak, insyaAlllah itu ladang pahala kita :)

Memang banyak isu untuk ibu menyusu ni, tapi KakMa suka nak fokus tentang vitamin kulit yang mak-mak kena tahu untuk dapatkan kulit cantik walaupun susukan anak. Biasanya kulit badan mak-mak lepas bersalin akan ada parut regangan (stretch mark) yang ketara kat perut, belakang betis, peha, dan juga lengan. Parut regangan ni berlaku sebab hormone semasa mengandung yang menyebabkan kandungan kolagen yang rendah dalam kulit.

Isu seterusnya pula adalah kulit kusam. Badan mak nak hasilkan susu, kena ada protein. Protein mak makan pula cukup-cukup untuk buat susu badan. Macam mana nak repair pula kulit mak yang makin kusam dari hari ke hari? Tenyeh skincare macam mana pun, kusam tetap ketara.

Lagi? Cuba check tumit dan siku. Bila berjalan kat lantai tu, tumit mak-mak tu seret sekali tak bulu karpet? Alahai kesian mak tumit sampai pecah halus. Siap boleh buat garu kaki sebelah sebab rasa macam kertas pasir gred halus.


Kita boleh cuba selesaikan isu kulit ibu menyusu ni dengan protein tumbuhan dan vitamin C. Bagaimana?

1.       Bagi mendapatkan kulit yang sihat, kita perlukan protein untuk membina sel kulit yang baik. Protein tumbuhan menggalakkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, yang merupakan sebatian semulajadi yang terdapat dalam soya telah dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. Pengambilan protein ini juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan juga meningkatkan penghasilan kolagen.

Dengan Shaklee, kita ada ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour yang kita boleh diminum setiap hari. Satu hidangan ESP membekalkan 14g protein.

 

2.       Vitamin C memang tersohor dikaitkan dengan kulit cantik. Vitamin kulit paling utama bagi mereka yang cakna. Dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh terutamanya kulit. Selain bertindak sebagai antioksida, vitamin C juga membantu dalam melindungi sinaran UV. Ia juga bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi. Fakta yang KakMa paling suka, vitamin C adalah molekul yang penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen banyak = kulit lebih cantik!

Di samping pengambilan protein dan vitamin C, ada beberapa tips lagi yang kita boleh ikuti untuk kesihatan kulit yang lebih menyeluruh.

1.       Kurangkan, kurangkan dan kurangkan gula, minyak, makanan tenusu dan terproses.

2.       Minum air yang mencukupi. Ini sangat penting untuk ibu menyusu tau!

3.       Pakai skincare yang selamat untuk kulit : semestinya YOUTH skincare.

Cerita sikit lah ye pengalaman KakMa masa mengandung anak pertama, ada stretch mark kat belakang betis. Mak KakMa kata, ni memang tak boleh hilang ni. Forever lah ada kat situ. Aduhai KakMa dah sedih dah. Sambil tu pujuk hati la kata, ni kenang-kenangan bersalin anak sulung. Hahaha iye lah tu. KakMa memang dah amalkan Shaklee sejak mengandung, dan teruskan juga semasa pantang dan menyusu. ESP dan vitamin C memang ambil setiap hari. Sedar tak sedar, satu hari tu KakMa nak tengok la ada lagi ke tak kenangan bersalin tu kan. Sekalinya, eh takde dah pun. Alhamdulillahhhhh tak perlu ada kenangan buruk pada kulit KakMa :,)

Sepanjang bulan April ni, Shaklee ada promo Healthy Set Rahmah yang bagi diskaun dahsyat untuk ESP dan vitamin C. Boleh jimat sampai RM274! Kita ada dua set, iaitu Healthy Rahmah Set A (1 x ESP, 1 x Sustained Released Vita-C) dan Healthy Rahmah Set B (2 x ESP, 2 x Sustained Released Vita-C). Bila beli Set A, boleh dapat free membership. Set B pula dapat free membership dan free postage.



Nak beli Healthy Set Rahmah ni boleh terus hubungi KakMa kat WhatsApp klik kat sini ye https://www.wasap.my/60166605816 . Terima kasih baca blogpost ni! Jom baca apa kawan KakMa cerita tentang vitamin kulit cantik kat sini.

#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

6 comments:

  1. Wah..cerita Dan info yang menarik

    ReplyDelete
  2. Seronok kan KaMa, cergas sambil menyusu dapat, kulit cantik dapat dan bonus efek kurus tuh memang wow, maintain kakMa

    ReplyDelete
  3. Protein memang bagus utk ibu hamil. Vitamin C pula kita kena dapatkan dari buah atau sayur. Cara mudah mkn vitamin C Shaklee. Murah pula tu

    ReplyDelete
  4. Nice sharing kakMa, rugi tak grab promo rahmah ni kan.

    ReplyDelete
  5. Best la sharing kakMa, especially tentang pengalaman kakMa selepas bersalin tu.. Alhamdulillah set esp + vitamin C duo ni memang betul2 berkesan lah 😍😍

    ReplyDelete
  6. yes ima, ibu menyusu ni dapat 2 in 1 kan, susu berkualiti dan kulit yang sihat. Memang wajib ibu-ibu di luar sana grab promo ini

    ReplyDelete

Renewal member Shaklee tanpa kos tambahan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Biasa tak bila beli barang kat kedai mana-mana, pastu masa nak bayar tu cashier akan tanya, “Ada...